Sunday, January 25, 2015

Hikmah Kita Berjauhan



Aku dah mula paham. Mengapa kita diletak jauh2 dalam tempoh pertunangan ni.
Ye bertunang belum lagi berkahwin.

Kalau dekat2, mana ada rindu tu terlampau kuat kan? Takpe rindu je bukan mati pon. Paling kuat menangis je kan.

Kalau dekat2, aku akan selalu mengajak dan diajak keluar/dating. Bosan la asyik pergi tempat sama je. Nanti dah kahwin kita honeymoon kat mana? Pergi tempat baru pon, nak tengok muka masing2 dah jemu.

Kalau dekat2, nak mesej pon dah takde feel. Nak tanye dah makan, tadi dah breakfast bersama. Nak tanye dah mandi, tadi pergi rumah mak cakap kamu tengah mandi. Nak tanye pergi mana tadi, eh bukan ke kita pergi Ecm same2?

Kalau dekat2, bila semua benda dah buat dah bosan, nak cuba benda baru. Pegang tangan tiba2. Eh? Kalau dekat2 tapi Insyaallah takkan terjadi sampai kita kahwin. Itu sebabnya Allah jauhkan kita untuk sementara waktu ni. Biar ada rindu dendam. Biar ada kesweetan berdating lepas kahwin. Dan kemanisan iman turut dirasa.

Moga Allah kekalkan jodoh kita sampai keakhirnya.

No comments:

Post a Comment

Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.