Monday, May 18, 2015

Bila Kahwin Tak Jadi

Adussss topik pon bikin hangat daa..
Betol ke Bedah tak jadi kahwin? Bedah punye jawapan," Eh ape plak? Jadi laa. Tapi dengan yang lebih baik. Hee. Takpe jangan risau, selagi ku punya hati, hati ini akan ku jaga sampai jadi sekatang-katang hati. Im strong..Erghhhhh

Yelah bila tak jadi, ginilah, PELAMIN ANGANKU MUSNAH. Tidak.Takkan musnah selagi aku ade angan2 nak kahwin kan. :)

Barang persiapan untuk kahwin sebelum ni memang aku tak prepare ape2 pon lagi. Yes Allah itu Maha Adil Lagi Maha Mengetahui hendaknya. Dia nak bagi yang lebih baik, Dia takkan merugikan kita. Cepat2 Dia putuskan kami sebab tak nak aku rugi masa menunggu. Kalau tak macam tunggul bodoh jelah aku ni kan. Menangis tak bersebab. Meroyan tidak le.

Memang kita selalu dengar masalah orang dan kita rasa perhubungan kita baik sekarang. Puas nak menjaga kan? Tapi bila Allah itu terlebih sayang, Dia juga inginkan yang terbaik. Ah sebakk. Sob Sob.  Sebab tu, sentiasalah berdoa, "Jika dia bukan yang terbaik maka jauhkanlah dan jika dia boleh menjadi imamku maka lancarkanlah perhubungan kami."

Aku lebih bergantung harap kepada Allah. Sama-samalah kita.

No comments:

Post a Comment

Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.