Thursday, February 5, 2015

Isu : Boikot Peniaga Cina?

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Sekarang kan, negara kita dah semakin banyak mengalami fasa perubahan. Cepat pulak tuh. Daripada barangan perdagangan, minyak, elektrik, air. Boikot kaum negara sendiri pulak? Di sini saya bukan nak membangkitkan apa2 persoalan negatif berkaitan isu semasa sekarang ni tapi kenapa? Kenapa kita mesti boikot? Tak tanya mereka kenapa jual harga mahal?

Pengguna membeli daripada peruncit. Peruncit pula membeli daripada pemborong. Pemborong membeli daripada pembekal, pengeluar. Harga masing2 berbeza. Kalau nak tanya, tanya kepada pengeluar kenapa barang mahal. Kebanyakan peruncit sekarang menyatakan yang pemborong meletakkan harga terlalu mahal menyebabkan mereka terpaksa meletakkan harga mahal. Lainlah kalau tanam sendiri bela sendiri.

Sebab tu kita tidak harus terburu-buru membuat keputusan atau terus memboikot kalau belum selidik asal-usul sesuatu masalah tu dulu. Kita sebagai pengguna memang ada hak dan tak salah untuk kita berbuat demikian. Tapi perkara yang tak salah ni yang bikin kerunsingan semua pihak. Gunalah hak yang kita ada sebaiknya. Contohnya, membuat usul ke kerajaan untuk menyuruh pmbekal atau pemborong turunkan harga. Negara kita masih ada pemimpin. Bukan kita hidup seorang.

Macam kejadian banjir baru ni, dengar2 peniaga runcit meletak harga berlipat kali ganda mahalnya. Ayam seekor rm40? Lilin sebatang rm5? Yang ni baru betul kita nak boikot. Perkara yang jelas tak logik. Sudahlah penduduk kebanyakannya kehilangan harta benda kemudian mereka terpaksa beli juga sebab perlu. Perkara ni perlu dibuat aduan. Memanglah peniaga pun kurang bekalan disebabkan banjir tapi takkanlah nak duit banyak cepat dengan cara seperti ini. Kita manusia diberi akal fikiran. Guna dengan sebaiknya.

2 comments:

Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.