Wednesday, December 3, 2014

Hilang Fokus?!

"Ahh! Perutku berbunyi", fikirku ketika dalam solat.

Opps! Tak khusyuk!!!! Haa ini sudah sering menjadi suatu masalah besar kepada diri kita setiap kali bersolat. Termasuk diri saya sendiri. Kenapa?

Fokus kita. Kita hilang fokus akibat daripada pekerjaan yang dilakukan. Ya duit harus dicari tetapi bagaimana pula dengan amal? Wajib bukankah? Kita nak selalu ada bekal wang dalam tangan tapi selepas kita pergi tak mahu ada apa2?

Kembalikan. Kembalikan fokus kita terhadap amal ibadah supaya berbekal nanti di akhirat. Amboi cakap senangnya minah ni. Bagaimana caranya pula?

Bila kita bekerja, pasti akan ada permasalahan yang harus diselesaikan. Selesaikan dengan awal dan tenang. Cuba kita tangguh, bila sampai waktu perlu hantar baru nk buat bukan ke jadi tergopoh-gapah dan ia akan terbawa-bawa sampai ke solat kita. Itulah maksudnya!

Kerja2 juga tapi jangan sampai buat alasan tak sempat makan minum. Lapar juga akan jadi suatu gangguan terhadap amal ibadah. Mulalah terbau-bau sup ayam kat dapur. Macam saya tadi.

Cerita ini berdasarkan pengalaman saya sebentar tadi juga yang berbunyi perut tengah solat. Sekarang saya sudah insaf saya nak pergi makan. Jangan ingat saya cakap saja2. Iktibar untuk diri saya dan anda sekaligus. ^_^

No comments:

Post a Comment

Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.