Monday, February 2, 2015

Alamak! Dah dekat! 'Feeling of Bride to Be'



Saya ni jenis suka termenung sorang2. Jadi fefeeling ni memang banyak lah. Nak2 bila teringatkan hari bahagia yang semakin menjelang ni. Bila? haa nanti dulu. Bila dah tetap tarikh saya update lagi la ye. Belum tetap lagi sebab abam tunang masih di luar Malaysia.

Pokoknye macam2 lah fikir time dah dekat ni. "Betul ke aku nak kahwin ni?" "Aku akan tinggal serumah dengan seorang lelaki?" " Aku akan jadi isteri kepada abam hemsem?" Memang selalu jugak berangan, terbayang eh? tapi belum rase lagi kan kehidupan seorang yang akan mengabdikan diri kepada seseorang yang bernama suami. Acece gitew. Pastu jadi ibu . Then tiba2 kena tinggal kat lain pulak. Walaupun masih dalam Malaysia. Ape kau bajet duk luar negara?! Kalau takde persediaan tu memang la akan terkejut gorila jugak kan.

Of course lah saya dah bersedia cuma belum sepenuhnya lagi. Tinggal beberapa bulan lagi ni lah masa saya nak sempurnakan persediaan saya of course dari segi mental fizikal zahir batin. Penting sangat2 tau untuk kebahagiaan rumah tangga. Jangan fikir nak kahwin je selok sangat. Orang kata biar kita berkahwin tu sekali je. Pilihlah betul2. Bercerai tu memang la senang sangat kau sebut je takpon sms. Teknologi dah canggihhhh. Tapi prosesnya, haa yang bercerai tu jelah yang tau.

Biar memilih pasangan tapi janganlah terlalu memilih sangat sampai dah takde orang nak masuk dekat. Menyesal nanti. Insyaallah, pilihan saya kali ni mendapat restu semua pihak. Orangnya penyabar. Pandai ambil hati walaupun sibuk dan tak berapa boleh nak melayan sangat tunang die yang...xtaulah ni. Nak2 sekarang ni duk nunnnn jauh disana. Dua kali setengah tahun jugak tak jumpa. Takpelah, cari rezeki lebih nak sara anak bini.kuikui. Hmm perasaan dia nak kahwin tu saya tak berapa pasti tapi rasenye sama je kot ngan saya. Excited. Haha biasalah. Nama dia? KRS.

No comments:

Post a Comment

Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.