Assalamualaikum
Kalau saiz tajuk tu boleh besar lagi aku buat dah. Takdok aroh habis besar dah tu. Saje nak suruh orang buka mata luas-luas dan tengok apa dah jadi dekat orang sekeliling dan diri sendiri. Soal perangai, tingkahlaku, tatasusila dan apa sajalah yang berkaitan.
Ada satu cerita iaitu " Cerita aku hari ini". Mula ceritanya jam 5 lebih. Aku balik kerja naik rapid macam biasalah. Tapi tak tahulah kenapa harini perjalanan 1 jam ke Beserah cukup lain dari biasa. Aku nak cerita pasal tingkahlaku berbeza ni. Mungkin korang pernah alami situasi macam ni cuma mungkin korang malas nak ambil peduli sangat kan. Yang paling jelas mula-mula aku nampak sikapnya adalah Pemandu bas. Aku perhati je dia dari awal sampai akhir. Tak tahu lah dia mengeluh apa duk usap-usap kepala depan belakang. Penat kerja kot, biasalah dah nama pun kerja kan. Bawa bas pula tu. Tapi yang aku tak puas hati, penumpang pun kena tempias. Duk tujah-tujah jari mulut takdak?. Penat sensorang sudah la kan.
" Kak beg tu letak bawah la jangan duk sorang2 orang lain ramai lagi."
Betul apa yang dia cakap tapi kita ada adab kan dalam hidup bermasyarakat. Kalau tak nak pergi duduk sorang tengah hutan orang takde nak bagi stress. Cakap elok-elok boleh kan. Ni sampai akak tu pon mengeluh sekali APA CITA?APA CITA?. Kan dah jadi pengikut.
Habis cerita pemandu. Aku terkejut dengan sorang penumpang ni. Akak ni time dia nak turun bas, dia cakap "TERIMA KASIH!" kat pemandu. Tapi dengan nada suara yang lantang dan hormat. Lantang bukan suara dia jerit ke apa tapi kuat la sampai semua orang pandang dia. Aku tak tahu la pulak kan kot dia kena dengan pemandu awal2 tadi pastu nak tunjuk tak puas hati. Tak tahu la kan. Tapi bagus la akak ni. Jarang tau turun bas rapid cakap terima kasih sebab pintu keluar kat tengah bas jadi jauh la dengan pemandu kan. Hmmm.
Ada lagi. Masuk pula akak dengan anak kecil dalam 2 tahun dan baby dalam troli bayi. Masuk-masuk dah bising duk marah ke anak kecil dia tu. Buat macam dalam rumah dia pulak.
"Duk diam kat situ tak dengar ke mak cakap?"sambil cubit2 budak tu.
Aku tengok budak tu biasa je takdelah berlari keliling bas ke. Duk diam apa lagi?. Cik kak oi, tak nampak ke semua orang duk tengok sambil menilai ni. Dah la duk sebelah aku je. Baby pulak menangis. Aku tengah duduk, bangunlah nak bagi dia duduk. Tapi baguslah dia suruh anak kecil dia tu. Sedang elok budak tu tertidur senyaplah satu bas. Aman.
Aku ni bukanlah cakap macam aku tak pernah buat hal ke apa. Nak cerita je.
"Sikap menunjukkan budaya, tingkahlaku menunjukkan keluarga."
Kenapa aku cakap keluarga? Sebab kita dibesarkan dalam sebuah keluarga kan. Jadi dengan setiap tingkahlaku kita sekaligus membawa nama keluarga.
"Teruknya perangai budak ni, macammana lah mak bapak dia besarkan."
Nampak tak pembawakannya kat situ?. Bukanlah nak cakap semuanya disebabkan keluarga tapi kebanyakannya akan jadi seperti itu. Orang kata. Dah tahu mulut orang tak boleh nak tutup pergi tolong buka luas lagi kenapa? Kita ni sekelompok manusia, hidup berkelompok. Kalau kau sebatang kara pun kalau berkahwin tetap akan ada keluarga. Jangan selalu dan terlalu ikut perasaan sebab otak ada sendiri mau guna la.

No comments:
Post a Comment
Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.