Thursday, December 11, 2014

Suatu Kenangan



Dewasaku, aku sudah tidak sering ke pantai. Walaupun hanya beberapa langkah daru belakang rumah. Bagi siapa yang tak tahu, saya tinggal di perkampungan pantai Beserah.

Takut, cukup takut. Bila dah terlalu banyak dengar kes mati lemas sekitar pantai Beserah sampai Balok. Waktu kecil dulu saya pon nyaris mati lemas. Ya di pantai belakang ni. Tapi Allah masih mahu panjangkan umur saya. Waktu tu bersama abg saya. Alhamdulillah masih hidup sampai hari ni.

Di pantai belakang ni selalu menjadi tempat penenang sewaktu kecil dulu. Saya sering berseorangan, tiada teman. Bila stress ke sakit hati datang pantai menangis. Pastu main pasir lega balik. Dulu tak bahaya, sekarang ramai penagih membuat sarang kat pantai ni. Sekarang tak berani dah, kadang2 je. Stress pon menangis kat rumah je.

Banyak kenangan. Terasa ingin kembali ke waktu dulu. Hidup sebagai seorang budak yang hanya melayan kepala sendiri. Tapi hakikat hidup tak boleh dinafikan. 

No comments:

Post a Comment

Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.