Saturday, November 2, 2013

Bukan rindu biasa-biasa

Assalamualaikum

Hari ni 3 November 2013
Semalam 2 November 2013
Kelmarin 1 November 2013
Ape kene??!

:) Hari-hari ini hati aku rindu,
Rindu pada setiap perkara,
Pada yang sudah datang, sedang datang, akan datang,
Pada sang cinta, pada sang kekasih, pada yang aku sentiasa berada di dalamnya.

KPMIM tempat aku mengutip segala ilmu,
Bukan hanya dari segi duniawi.
Di sini aku belajar, aku juga mengajar,
Bukan sebagai lecturer, tapi sebagai seorang kawan yang berkongsi dengan kawan.

2 tahun setengah aku di sini, banyak sungguh perubahan yang aku alami.
Dari segi mental, fizikal, rohani, jasmani, semualah.
Daripada kurus aku jadi gemuk, kurus balik.
Daripada aku yang jahil menjadi tahu.

3 tahun yang lepas,
Aku dah menetapkan dalam hati,
"Aku taknak belajar, aku nak kerja, nak tolong mak ayah, tolong adik beradik, aku malas belajar, aku tak suka belajar"
Mak ayah aku tanya," Bakpe malas belajornye?"
Aku diam, aku tak mampu untuk mengatakannya, aku cuma taknak.
Melihatkan wajah mereka, memikirkan masa depan aku yang entah kemana lagi,
Aku berserah pada Allah, 
Semoga pelajaran aku diberkati.

Dengan hati yang ikhlas bercampur tak berapa nak gembira,
Aku di sini, di KPMIM,
Sungguh aku bersyukur padaMu Ya Allah,
Aku merasakan kasih sayangMu selama aku di sini,
Aku bahagia, aku bebas dari segala bencana sosial,
Aku berkawan dengan mereka yang sering menunjukkan jalan yang betul2 menuju ke arah mencintaiMu.

Sekarang aku merasa sedih,
Untuk aku harus meninggalkan segala kebahagiaan ini.
Untuk aku harus menghadapi satu kehidupan yang penuh cabaran,
Tapi aku tidak apa2 ya Allah,
Aku tahu aku sentiasa adaMu,
Yang memerhati setiap gerak geriku,
Aku tak takut,
Kerana aku yakin, Kau akan senantiasa membimbingku,
Setiap kali aku tergelincir.

No comments:

Post a Comment

Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.