Wednesday, April 3, 2013

Hanya mimpiku, Wahai sahabat.

Assalamualaikum..

HOwdy there..!



Boring? Sakit kepala? Sakit jiwa? Bacalah pengubat ini...:D (harap2 terubat lah ye)

" Wahai sekalian sahabat, dengarlah rintihan hati nuraniku, sesungguhnya aku merindukan waktu-waktuku bersama sekalian darimu. "

Aku bermimpi, ketika aku bersendirian di tepi pantai, leka bermain-main di gigi air, seorang sahabat datang memeluk bahuku, tersenyum padaku.

Aku bermimpi, seorang sahabat mendekatiku, mempersoalkan perihal masalah yang sedang aku hadapi ketika aku sedang bersedih.

Aku bermimpi, seorang sahabat sentiasa berada disisi kemanapun aku pergi.

Tapi yang mimpi hanyalah mimpi, keegoan dalam diriku terlalu keras sehinggakan aku berasa bahawa aku tidak memerlukan seorang sahabat, walaupun sahabat itu sentiasa mahu mendekatiku. Aku menepis segala pertanyaan yang ditujukan oleh seorang sahabat walaupun aku merasa bersalah. Sesungguhnya aku tidak mampu untuk mengawal sifat yang amat mustahil untuk dihindar. Wahai sahabat, sesungguhnya aku tidak mampu untuk mengucapkan terima kasih dan maaf kepadamu. Kini aku bermimpi untuk selamanya. Bertemu kita di syurga.






  

2 comments:

Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.