Assalamualaikum dan selamat petang..<3
Tengah duk online facebook tadi, ade lah terbaca satu dialog romantik ni..jadi kat sini saye nak kongsikanlah cerita yang saya baca tadi nih..moga2 anda2 semua mendapat kesedaran lah ye bagi sesiapa yang dah berkahwin mahupun yang bakal menjalani kehidupan yang bahagia..saya juga!! hehe..memang terasa la dihati dan sempat jugak mengalir airmata terharu..huhu..banyak pulak membebel ye..bacelah..
Suami : syg, syg tahu tak kenapa abg nikahi syg?
Isteri : kenapa abg tanya macamtu? Mestilah abg syg syg, sbb tu abg kawin dgn syg..
Suami : Salah. Syg ingat abg sygkan sgt syg ke? Kalau syg nak tahu, abg dulu benci sgt kat syg.. Abg bukan nak pun kawin dgn syg. Dah umi yg paksa..terpaksa lah abg terima.. Abg dulu ada pilihan hati sendiri tau.
Kata suami selamba sambil membetulkan songkok. Si isteri terdiam sambil memandang suaminya. Ada air mata yang sedang bertakung, namun ditahan.
Isteri : abg.. Syg sedar siapa syg.. Syg bukan siapa2 disisi abg..penuh kekurangan.. Tak layak utk jd isteri kepada seorang lelaki yang bekerjaya, yang hensem dan kaya macam abg.. Dari dulu syg katakan pd abg, syg minta abg istikharah.. Doa minta pada Allah agar abg tak salah pilih... Syg tahu abg dah ada pilihan hati abg sendiri..dan syg sedar syg bukan pilihan abg..(Terdiam,tunduk) Kalau abg masih sygkan dia.. Syg rela dan izinkan abg nikahi dia.. Syg rela..
Ada garis sendu dan sayu pada suara si isteri. Air mata yang mengalir,diseka perlahan.. Tangan suaminya diambil dan digenggam lembut.. Si suami hanya terdiam.
Isteri : syg minta maaf kalau selama sebulan kita kawin ni, syg ada lukakan hati abg.. Kita bernikah bukan dgn perasaan cinta. Syg tahu, syurga seorang isteri dikaki suami.. Syg belajar dan cuba untuk jadi isteri solehah untuk abg.. Syg cuba penuhi kemahuan abg dan menghiasi rumah kita dengan redha2 Allah.. Kalau abg tidak senang dengan syg.. Syg serahkan pada abg... Abg tempat syg bergantung dan berharap, tapi kalau abg tidak perlukan syg.. Syg redha,abg..
Tangan suami dikucup. Lama. Suami mengangkat dagu isteri dan menyeka air mata si isteri. Air matanya turut tumpah..
Suami : syg.. Maafkan abg.. Lukakan hati syg. Abg sengaja mahu uji perasaan syg pd abg.. Demi Allah syg, abg sygkan syg seorang sahaja. Abg sygkan syg kerana Allah.. Kehadiran syg dlm hidup abg benar2 membahagiakan abg.. Dulu abg tak kenal cinta Allah, tp skrg Alhamdulillah abg semakin tenang.. Syg bersungguh2 membina syurga dlm rumah kita..syg ajar abg mengaji sampai abg blh jd imam.. Semuanya penuh kelembutan, tak terasa ego abg tercalar.. Abg bahagia syg. Sgt bahagia. Abg perlukan syg.. Abg perlukan bidadari solehah mcm syg.. Abg nak masuk syurga dgn syg.. Syg janji jgn tinggalkan abg.. Janji dengan abg, ya syg..
Tangan isterinya digenggam erat. Air mata sisuami tumpah lagi.. Entah mengapa berada dihadapan isterinya kini, mudah sahaja air matanya mengalir.. Mengalir bersama cinta Allah dan cinta isterinya.
Isteri : inshaaAllah abg.. Semuanya atas usaha abg.. Syg sedih bila abg cakap tadi. Syg terasa yg syg bukan isteri yg baik..
Suami : abg minta maaf ye syg.. InshaaAllah kasih abg hanya utk syg.. Dunia hingga ke syurga.. InshaaAllah syg. Ini Jodoh yang Terindah dr Allah..
Isteri : Terima kasih abg sudi terima syg yang tak cantik ini..
Suami : syg cantik. syg tetap cantik dan bidadari dihati abg..(Senyum) dahla ye syg.. Abg sayang syg.. Syg sayang abg..kerana Allah.. Jom kita makan.. Abg dah masakkan tomyam kesukaan syg ptg td, sebelum syg balik kerja..
Isteri : terima kasih abg.. Syg syg abg..
Isteri mencium tangan suami sekali lagi dan suami menyentuh ubun2 isteri dan berdoa, agar isterinya itu tetap menjadi bidadarinya hingga ke syurga nanti...
No comments:
Post a Comment
Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.