Friday, December 5, 2014

Izinkan Aku Jadi Isteri Sebaiknya

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Allahuakbar. Baru lepas tengok siaran ulangan mimbar pencetus ummah. Masyaallah nak tengok siaran langsung tak sempat janji boleh tengok. Minggu keempat bertemakan Malaikat. Siri pertama dulu memang tak pernah ikut langsung sampailah habis. Effort pun takde nak tengok, dengar tazkirah. Tapi kenal la juga beberapa pencetus ummah dari siri pertama. Tapi Alhamdulillah siri kedua ni tak pernah miss dan semua pu pun kenal dengan baik. Memang hebat. Cukup hebat.

Dalam minggu ke 4 ni, ada satu sedutan yang mana saya rasakan cukup istimewa bagi diri saya juga bagi kaum2 wanita sekelian. Bidadari syurga yakni isteri kepada seorang suami. Fizo sebagai pengacara program itu mengalir airmata, dengan suara yang sebak mnyatakan ucapan terima kasih kepada isterinya Mawar serta mamanya yang turut disamping Mawar.

"Sayang, abi nak ucapkan terima kasih kerana telah menjadi tulang belakang abi dan terima kasih mama yang telah membesarkan abe."
Tak ingat sebenarnya dialog penuh sebab kita pon sebak jugak dengar dia cakap tapi lebih kurang macam tu apa yang Fizo cakap. Ya Allah saya pasti tersentuh hati para isteri sambil merindui suami masing2. Saya sendiri yang belum bersuami tak sabar pulak rasa nak menjalankan tanggungjawab. Opps jangan fikir lain, maksud saya tanggungjawab seperti jaga makan minum, semua lah. Hehe.

Nabi Saw"Sebaik-baik wanita adalah yang menawan hatimu bila engkau pandang, taat manakala engkau perintah, dan menjaga hartamu serta memelihara kehormatan dirinya ketika engkau tidak ada di rumah."  Hadith riwayat Abu Hurairah.

Para isteri, jadilah sebaik-baik wanita yang dikatakan. Semua orang perasan kan banyak kes cerai, suami kahwin lain dan antara penyebab yang paling biasa adalah daripada isteri sendiri. Memang kadang2 isteri tak perasan pon salah dia tapi tu lah masalahnya. Kadang2 sibuk kerja sampai terleka. Lewat sediakan makan minum kadang2 xsedia langsung. Kecantikan diri pon sudah kurang dijaganya. Suami balik2 kerja tengah stress tgok pulak isteri macam hantu raye mengerebang je rambut tak ke bertambah stress. Jadi isteri memang penat. Saya tahu walaupun saya belum berkahwin sebab banyak orang dah nasihat yelah sikit masa lagi nak kahwin kan.

Saranan saya kepada para isteri dan bakal isteri, jagalah penampilan diri, taat apa yang disuruh suami, sokong setiap apa yang diperbuat suami tapi kalau yang bercanggah tu janganlah. Barulah suami merasakan kasih sayang anda yang kuat walau dah berumur sekalipun.

Ya Allah, ingin aku meraih pahalaMu dengan mempertanggungjawabkan diriku sebagai seorang isteri . Izinkan aku menjadi seorang isteri yang mampu menyokong suami dalam apa jua keadaan sekalipun. 

No comments:

Post a Comment

Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.