Thursday, December 4, 2014

My Eday Secret Stories

Salah satu antara tarikh yang bersejarah bagi diri saya iaitu pada 29 mac 2014. Tarikh hari pertunangan saya. Mungkin kamu tengok 'alah, tunang je. biase je' . Memang, tapi ia adalah hari di mana saya mengalami perkara yang mana saya rasakan tumpuan bagi saya. Kamu2 yang bergelar tunang orang rasa jugak kan? Tapi biasanya si perempuan yang lebih merasa sebab dia yang disarungkan cincin di jari manis oleh bakal mak mertua insyaallah.

Tapi tu bukan apa yang nak saya ceritakan kat sini. Saya nak ceritakan beberapa cerita disebalik hari yang bersejarah ni. Ramai yang tak tahu sebab saya tak bagitahu tapi yang tahu pun buat2 tak tahu je. :-) Bermulanya daripada waktu subuh, perut takde rasa sakit, tekak tak rasa loya, saya muntah. 2 3 kali jugak keluar. Taktahu lah sebab ape. Mungkin excited sangat kot. Hee

Hari tu sangat panas. Membahang jadi agak tak seronok la. Kurang selesa tapi bersyukur majlis berjalan lancar. Tunang saya 2 kali jugak tukar baju, mujur bawak spare. Kalau tak pinjam baju ayah agaknye. Tapi kan, sebagai orang utama ingatkan diberilah priority. Yelah nak rehat, kurangkan nervous. Tapi pagi tu kitalah potong buah potong sayur rias hantaran. Untung tak mekap sendiri je. Hehe tapi memang semua tu saya offer diri nak buat pun.

Mekap pun saya ingat nak mekap sendiri tau, tapi mak ambil pakej pelamin sekali ngan mak andam. Mak andam pulak aww2 gitu. Lelaki tapi pakai sarung tangan. Dia punya mekap fuh, memang hati langsung tak rasa puas hati tapi korang tengok tak tahulah. Dalam gambar kan. Mungkin sebab niat saya yang awal2 nak mekap sendiri buat jadi gitu. Memang sekejap je pakai mekap tu. Habis bergambar terus cuci. Tak tahan. Satu lagi akibat dari mekap tu seminggu badan gatal2 alergi. Tu la yang perempuan kalau tak biasa mekap tebal2, tak payahlah. Dia jadi macam kononnya makeup shock gitu. Wah frasa sendiri mak aih.setakat bedak foundation krim sikit2 takpe lagi. Ini muka saya berjenis bedak, krim, blusher punya banyak wrna ditempeknya kat muka. Langsung takde cela yang nampak dibuatnya. Yang tu jelah bagusnye. Hihi

Tapi alhamdulillah semua settle, takde mulut2 tegang ke tak cukup barang ke semua ok. Giliran anda selepas ini.




No comments:

Post a Comment

Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.