Sunday, November 30, 2014

Kata-Kata Membunuh? Sabar..

"Manusia mudah dibunuh oleh kata-kata kerana lidah itu tajam lebih dpd setajam-tajam pisau di dunia, tp hanya pada mereka yg lemah, bukan lemah pendirian tapi lemah pemikiran."

Kata-kata ini pernah saya keluarkan apabila pada saat itu saya terasa amat marah dengan suatu perbualan yang cukup tidak matang. Masa tu saya terketar-ketar menahan marah dan suhu badan pun terasa turun naik berulang kali. Memang nyaris saya ingin melepaskan amarah dengan mengeluarkan kata kesat mencampuri perbualan mereka. Tetapi, saya terfikir akan definisi sabar bahawa ia tiada hadnya. Sabar itu sebahagian daripada iman maka jagalah iman kamu.

Ya kerana setiap kata- kata yang dikeluarkan oleh mulut seseorang umpama bunga yang mewangi malahan boleh jadi pisau yang mengancam. Kita pilih.

Waktu itu saya mengeluarkan kata-kata di atas dan ramai yang menyokong. Cuba saya keluarkan kata-kata kesat waktu tu, pasti ramai yang tidak mahu menegur. Cerita saya ini adalah benar dan untuk dijadikan pedoman bahawa setiap perkara yang baik dan buruk itu pasti ada ganjarannya.

Jadi berhati-hatilah dengan perkataan mahupun apabila ia ditulis di atas kertas. Mari beramal bersama.

No comments:

Post a Comment

Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.