Monday, September 30, 2013

Kata kata yang membunuh



Ingin ku ceritakan perihal kehidupan yang perit namun masih mampu untukku bertahan.
Mengapa aku masih mampu bertahan walhal perkara yang sama terjadi setiap detik di setiap hari?
Sedangkan, aku merasakan hatiku sudah bengkak menunggu masa untuk kembali normal.

Adakah kau menyedari atau tidak?
Bahwa kata-kata kau terlalu kasar bagi semua. Kata-kata yang mampu membunuh setiap peribadi kau.
Aku sarankan untuk kau tunduk dan kembali mendongak. Melihat gerak-geri manusia sekeliling dan bukannya diri kau sendiri.

Aku mohon.
Sedarilah aku. Lihatlah aku. Aku berdarah.
Jangan kau menangis atas kesangsian yang tak dapat kau bongkar sendiri lalu mengharapkan orang lain.
Kau bertanyakan aku, dan kau katakan aku menipu??
Kau bukan siapa-siapa. Aku juga.

Sesungguhnya aku sedang nazak dengan setiap kata kau. Belum sempat aku mati lagi kerana masih ada kepercayaan yang aku bertungkus-lumus menariknya datang.
Buangkanlah duri di setiap percakapanmu.
Kerana kata-katamu mampu membunuhku.

No comments:

Post a Comment

Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.