Wednesday, October 30, 2013

Bercinta DenganMu Ya Allah

ASSALAMUALAIKUM (^_~)

Perasaan yang susah nak dirungkaikan menyelubungi diri.Tetibe tersentuh dengan satu cerita kat facebook ni kalau ade siape-siape bace pasal "a guy that still searching for true love". Budak kolej kediaman perwira katenye. Tak tau lah kat mane tu pulak kan. Tapi memang cerita dia tu sangat memberi kesan kepada kaum wanita yang suka approach orang lelaki yang dia suka. Murah sangat ke rasa harga diri kita ni sampai nak dekat-dekat dengan orang lelaki tak tentu pasal. Dia sendiri pon tak tahu ape2 tetibe je kan. Senang je orang nak ambil kesempatan..Hmmm.

Kalau sape2 yang tak bace lagi tu meh sini nak cite sikit apa dia cakap. Dia kata ada sorang perempuan ni syok kat dia pastu selalu calling2. mesej2, beli makanan untuk dia tapi awalnya dia xnak layan sangat pon. Tapi tetiba pulak diorang couple. Dia kata dia ni sembahyang ngaji je tapi tulah. Katanya perasaan rindu dan cinta pon mulai menerjah di hati sampai tak boleh nak tinggal langsung la 1 mesej, sesaat calling pom..Hmmm. Pastu ada satu masa waktu nak melintas jalan, dating la ni kan, dia kata ada kereta laju sangat pastu dengan spontan dia pegi tarik tangan perempuan tu, mestilah takut kan. Yang peliknya perempuan tu tak marah tapi senyum cakap terima kasih pulak. Dia pon suka pastu pegang2 la tangan setiap kali jumpa.

Pastu ada la satu masa ni pulak dia cerita ada tertengok video pasal cinta sejati la. Dia kata macam dia sedar patutnya dia membimbing perempuan tu ke arah kebaikan lagi kalau nak jadikan isteri kan, tapi dia malah menjahanamkan lagi. Dia rasa dia patut buat benda ni dan dia mesej kat perempuan tu." this is not the right way, i don't want to bring you to jahannam". Pastu dia bertaubat minta ampun dekat Allah, dan berdoa biar perempuan tu faham sebab hati masing2 Allah yang pegang. Hanya Allah yang mampu mengubah hati kita.

Begitulah ceritanya tentang cinta yang hanya berdasarkan nafsu. Manusia kalau iman dah tak kukuh, memang tak akan mampu untuk melawan godaan melainkan kita sentiasa melihat kekurangan diri kita sendiri. Jadi perkukuhkanlah hati dan iman kita supaya orang tak mudah untuk mendekati. Especially for women. :)

No comments:

Post a Comment

Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.