Monday, May 18, 2015

Bila Kahwin Tak Jadi

Adussss topik pon bikin hangat daa..
Betol ke Bedah tak jadi kahwin? Bedah punye jawapan," Eh ape plak? Jadi laa. Tapi dengan yang lebih baik. Hee. Takpe jangan risau, selagi ku punya hati, hati ini akan ku jaga sampai jadi sekatang-katang hati. Im strong..Erghhhhh

Yelah bila tak jadi, ginilah, PELAMIN ANGANKU MUSNAH. Tidak.Takkan musnah selagi aku ade angan2 nak kahwin kan. :)

Barang persiapan untuk kahwin sebelum ni memang aku tak prepare ape2 pon lagi. Yes Allah itu Maha Adil Lagi Maha Mengetahui hendaknya. Dia nak bagi yang lebih baik, Dia takkan merugikan kita. Cepat2 Dia putuskan kami sebab tak nak aku rugi masa menunggu. Kalau tak macam tunggul bodoh jelah aku ni kan. Menangis tak bersebab. Meroyan tidak le.

Memang kita selalu dengar masalah orang dan kita rasa perhubungan kita baik sekarang. Puas nak menjaga kan? Tapi bila Allah itu terlebih sayang, Dia juga inginkan yang terbaik. Ah sebakk. Sob Sob.  Sebab tu, sentiasalah berdoa, "Jika dia bukan yang terbaik maka jauhkanlah dan jika dia boleh menjadi imamku maka lancarkanlah perhubungan kami."

Aku lebih bergantung harap kepada Allah. Sama-samalah kita.
0

Tuesday, February 24, 2015

How Do I Live Without You?

Assalamualaikum and good morning fellas!

Something going on today? Of course, everyday should be something happen. Why so serious? No matter how bad and how good things are, life must go on. Most of people said that. But how was that related to the topic above? heh

Actually it's focusing to ourselves. Yes self. To be questioned, how can you live without your body? Well, everything in our life was so simple. Focus to main need that is eat in order to run your body beneficially. But it isn't just your stomach need to be filled, because there are other machines supporting your body which was brain and soul. They do need to eat too. As we already know, what to fill our stomach is food. So what about brain and soul? Of course you need facts to think brilliant. And religion to stay humble. So how can you live without a body? 

Take good care of your body while its still give benefits. So long.
0

Monday, February 16, 2015

TINGKAHLAKU HARI INI




Assalamualaikum

Kalau saiz tajuk tu boleh besar lagi aku buat dah. Takdok aroh habis besar dah tu. Saje nak suruh orang buka mata luas-luas dan tengok apa dah jadi dekat orang sekeliling dan diri sendiri. Soal perangai, tingkahlaku, tatasusila dan apa sajalah yang berkaitan.

Ada satu cerita iaitu " Cerita aku hari ini". Mula ceritanya jam 5 lebih. Aku balik kerja naik rapid macam biasalah. Tapi tak tahulah kenapa harini perjalanan 1 jam ke Beserah cukup lain dari biasa. Aku nak cerita pasal tingkahlaku berbeza ni. Mungkin korang pernah alami situasi macam ni cuma mungkin korang malas nak ambil peduli sangat kan. Yang paling jelas mula-mula aku nampak sikapnya adalah Pemandu bas. Aku perhati je dia dari awal sampai akhir. Tak tahu lah dia mengeluh apa duk usap-usap kepala depan belakang. Penat kerja kot, biasalah dah nama pun kerja kan. Bawa bas pula tu. Tapi yang aku tak puas hati, penumpang pun kena tempias. Duk tujah-tujah jari mulut takdak?. Penat sensorang sudah la kan.

" Kak beg tu letak bawah la jangan duk sorang2 orang lain ramai lagi."

Betul apa yang dia cakap tapi kita ada adab kan dalam hidup bermasyarakat. Kalau tak nak pergi duduk sorang tengah hutan orang takde nak bagi stress. Cakap elok-elok boleh kan. Ni sampai akak tu pon mengeluh sekali APA CITA?APA CITA?. Kan dah jadi pengikut.

Habis cerita pemandu. Aku terkejut dengan sorang penumpang ni. Akak ni time dia nak turun bas, dia cakap "TERIMA KASIH!" kat pemandu. Tapi dengan nada suara yang lantang dan hormat. Lantang bukan suara dia jerit ke apa tapi kuat la sampai semua orang pandang dia. Aku tak tahu la pulak kan kot dia kena dengan pemandu awal2 tadi pastu nak tunjuk tak puas hati. Tak tahu la kan. Tapi bagus la akak ni. Jarang tau turun bas rapid cakap terima kasih sebab pintu keluar kat tengah bas jadi jauh la dengan pemandu kan. Hmmm.

Ada lagi. Masuk pula akak dengan anak kecil dalam 2 tahun dan baby dalam troli bayi. Masuk-masuk dah bising duk marah ke anak kecil dia tu. Buat macam dalam rumah dia pulak. 

"Duk diam kat situ tak dengar ke mak cakap?"sambil cubit2 budak tu.

Aku tengok budak tu biasa je takdelah berlari keliling bas ke. Duk diam apa lagi?. Cik kak oi, tak nampak ke semua orang duk tengok sambil menilai ni. Dah la duk sebelah aku je. Baby pulak menangis. Aku tengah duduk, bangunlah nak bagi dia duduk. Tapi baguslah dia suruh anak kecil dia tu. Sedang elok budak tu tertidur senyaplah satu bas. Aman.

Aku ni bukanlah cakap macam aku tak pernah buat hal ke apa. Nak cerita je. 

"Sikap menunjukkan budaya, tingkahlaku menunjukkan keluarga."

Kenapa aku cakap keluarga? Sebab kita dibesarkan dalam sebuah keluarga kan. Jadi dengan setiap tingkahlaku kita sekaligus membawa nama keluarga. 

"Teruknya perangai budak ni, macammana lah mak bapak dia besarkan."

Nampak tak pembawakannya kat situ?. Bukanlah nak cakap semuanya disebabkan keluarga tapi kebanyakannya akan jadi seperti itu. Orang kata. Dah tahu mulut orang tak boleh nak tutup pergi tolong buka luas lagi kenapa? Kita ni sekelompok manusia, hidup berkelompok. Kalau kau sebatang kara pun kalau berkahwin tetap akan ada keluarga. Jangan selalu dan terlalu ikut perasaan sebab otak ada sendiri mau guna la.

0

Sunday, February 15, 2015

Testimoni : Pobling Pore Sonic Cleanser

ASSALAMUALAIKUM

Haii long time no hear from me? Hehe tablet rosak. Korang dah try tak or pernah dengar hot new selling POBLING stuff yang tengah meletop la ni? 
Namanya Pobling Pore Sonic Cleanser.
Saya lame dah dengar cuma baru tercapai je. So meh nak kasi testimoni siket. Benda ni ada 4 kaler je macam kat atas. Harga die tak tentu kadang orang jual tp yg pasti bawah RM50 aje.


Gambar atas adalah selepas 3 hari penggunaan pobling. Teruk sangat jerawat kat muka tu kan? Akibat tak pedulikan muka dekat 2bulan jugak ni lah. Pobling dtg kejap je beres. Alhamdulillah. HHihi

Banyak bekas jerawat? Kurang dah tu.
Mana nak cari? Korang google je nama tu. Tapi I beli kat Lazada uolls. Check la kot ade sales.


Haaaa ini ana yang punya. Ok bai.
0

Thursday, February 5, 2015

Isu : Boikot Peniaga Cina?

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Sekarang kan, negara kita dah semakin banyak mengalami fasa perubahan. Cepat pulak tuh. Daripada barangan perdagangan, minyak, elektrik, air. Boikot kaum negara sendiri pulak? Di sini saya bukan nak membangkitkan apa2 persoalan negatif berkaitan isu semasa sekarang ni tapi kenapa? Kenapa kita mesti boikot? Tak tanya mereka kenapa jual harga mahal?

Pengguna membeli daripada peruncit. Peruncit pula membeli daripada pemborong. Pemborong membeli daripada pembekal, pengeluar. Harga masing2 berbeza. Kalau nak tanya, tanya kepada pengeluar kenapa barang mahal. Kebanyakan peruncit sekarang menyatakan yang pemborong meletakkan harga terlalu mahal menyebabkan mereka terpaksa meletakkan harga mahal. Lainlah kalau tanam sendiri bela sendiri.

Sebab tu kita tidak harus terburu-buru membuat keputusan atau terus memboikot kalau belum selidik asal-usul sesuatu masalah tu dulu. Kita sebagai pengguna memang ada hak dan tak salah untuk kita berbuat demikian. Tapi perkara yang tak salah ni yang bikin kerunsingan semua pihak. Gunalah hak yang kita ada sebaiknya. Contohnya, membuat usul ke kerajaan untuk menyuruh pmbekal atau pemborong turunkan harga. Negara kita masih ada pemimpin. Bukan kita hidup seorang.

Macam kejadian banjir baru ni, dengar2 peniaga runcit meletak harga berlipat kali ganda mahalnya. Ayam seekor rm40? Lilin sebatang rm5? Yang ni baru betul kita nak boikot. Perkara yang jelas tak logik. Sudahlah penduduk kebanyakannya kehilangan harta benda kemudian mereka terpaksa beli juga sebab perlu. Perkara ni perlu dibuat aduan. Memanglah peniaga pun kurang bekalan disebabkan banjir tapi takkanlah nak duit banyak cepat dengan cara seperti ini. Kita manusia diberi akal fikiran. Guna dengan sebaiknya.
2

Monday, February 2, 2015

Alamak! Dah dekat! 'Feeling of Bride to Be'



Saya ni jenis suka termenung sorang2. Jadi fefeeling ni memang banyak lah. Nak2 bila teringatkan hari bahagia yang semakin menjelang ni. Bila? haa nanti dulu. Bila dah tetap tarikh saya update lagi la ye. Belum tetap lagi sebab abam tunang masih di luar Malaysia.

Pokoknye macam2 lah fikir time dah dekat ni. "Betul ke aku nak kahwin ni?" "Aku akan tinggal serumah dengan seorang lelaki?" " Aku akan jadi isteri kepada abam hemsem?" Memang selalu jugak berangan, terbayang eh? tapi belum rase lagi kan kehidupan seorang yang akan mengabdikan diri kepada seseorang yang bernama suami. Acece gitew. Pastu jadi ibu . Then tiba2 kena tinggal kat lain pulak. Walaupun masih dalam Malaysia. Ape kau bajet duk luar negara?! Kalau takde persediaan tu memang la akan terkejut gorila jugak kan.

Of course lah saya dah bersedia cuma belum sepenuhnya lagi. Tinggal beberapa bulan lagi ni lah masa saya nak sempurnakan persediaan saya of course dari segi mental fizikal zahir batin. Penting sangat2 tau untuk kebahagiaan rumah tangga. Jangan fikir nak kahwin je selok sangat. Orang kata biar kita berkahwin tu sekali je. Pilihlah betul2. Bercerai tu memang la senang sangat kau sebut je takpon sms. Teknologi dah canggihhhh. Tapi prosesnya, haa yang bercerai tu jelah yang tau.

Biar memilih pasangan tapi janganlah terlalu memilih sangat sampai dah takde orang nak masuk dekat. Menyesal nanti. Insyaallah, pilihan saya kali ni mendapat restu semua pihak. Orangnya penyabar. Pandai ambil hati walaupun sibuk dan tak berapa boleh nak melayan sangat tunang die yang...xtaulah ni. Nak2 sekarang ni duk nunnnn jauh disana. Dua kali setengah tahun jugak tak jumpa. Takpelah, cari rezeki lebih nak sara anak bini.kuikui. Hmm perasaan dia nak kahwin tu saya tak berapa pasti tapi rasenye sama je kot ngan saya. Excited. Haha biasalah. Nama dia? KRS.
0

Thursday, January 29, 2015

Menjadi!


 Hi! Welcome.. I am an animated.
0

Jadi Blogger. Jadilah Blogger

Senang saja. Jadi blogger yang berjaya walaupun saya yang menyarankan ni tak berapa nak berjaya sangat kan tapi bukan macam tu. Cuma belum lagi. lek lu.

Nak jadi blogger yang berjaya ni kenalah mementingkan pengisian. Bagaimana?

Pertama : Kongsi ilmu yang memang anda arif mengenainya. Tunjukkan bukti2 bagi menyokong pernyataan anda. Nak buat orang tak rasa was-was membacanya kan. Barulah best. Lagi satu kalau boleh biar bersiri. Buat orang ternanti-nanti akan pengisian selanjutnya dan biarlah ilmu itu bermanfaat walaupun tak hebat mana.

Kedua : Janganlah sesekali menekan isu2 sensitif sampai memburuk-burukkan ia dan juga keadaan. Macam baru2 ni ada keluar cerita blogger diarahkan naik mahkamah sebab ni lah. Taknaklah aibkan sesiapa kan. Siapa tahu tu ok lah. So, kita enjoy! Eh? So kita ceritakanlah yang elok2 sahaja.:)

Ketiga :  Kemaskan blog anda.

0