Friday, July 19, 2013

Aku seorang pencinta

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Juga Maha Menentukan,
Terletaknya dia disisi hatiku adalah keranaMu,
Cintanya diriku kepadanya adalah kerana cintanya diriku kepadaMu,
Sesungguhnya perasaan rindu dan kasihku hanya Engkau yang tahu,
Buktikanlah kepadanya bahawa aku mampu menjadi yang terbaik untuknya,
Dan buktikanlah kepadaku bahawa dia adalah yang terbaik untukku,
Jika Engkau menginginkan kami untuk bersatu,
Maka pertemukanlah kami Ya Allah,
Jikalau Engkau telah menentukan bahawa kami tidak akan menjadi kami,
Maka titipkanlah perasaan redha dihati kami,
Sedarkanlah kami bahawa cinta bukanlah dengan berpaling dariMu,
Cinta tidak semestinya membawa kebahagiaan berpanjangan,
Cinta tidak semestinya suatu cinta,
Semaikanlah rasa tulus dihati kami untuk mencintaiMu,
Jika Engkau tidak menginginkan kami untuk bersama,
Buangkanlah rasa cinta dihati kami yang sedang membara,
Agar kami dapat mencintai jodoh kami yang sebenar dengan ikhlas keranaMu.

No comments:

Post a Comment

Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.