ASSALAMUALAIKUM ^_~
Apa beza sayang dan rindu? Dia selalu tanya tapi tak pandai nak jawab kalu dah maen short messages kan....Haa meh sini nak cerita sedikit sebanyak sayang dan rindu saya terhadap seseorang yang istimewa nih..
Sayang, sangat berkait rapat dengan rindu. Apabila kita dah mengenal seseorang dan kita dah jatuh cinta disebabkan segalanya tentang dia, kita memang suka, maka terjadilah satu perasaan yang dipanggil sayang ini. Dan bila dah terlalu menyayangi seseorang, dan kita selalu berjauhan, maka kita akan jatuh rindu. Samalah juga kalau kita makan sate, sedap kan, tapi bila kita jarang makan, kita rasa nak pergi cari dan beli dan makan lagi. Macam tu lah kalau nak kata bila kita jarang jumpa, pastu jumpa sekali mesti nak jumpa lagi.
Bila kita rindu, mesti nak dia sentiasa ada kat depan mata kita je kan. Tapi ada orang kata, " alah, nanti lame2 bosan pulak asyik tgok muke die je. takde orang laen." Salah sebenarnya. Kalau bosan maknanya perasaan kita tak betul. Kita sendiri pon tak betul agaknya. Masa ni lah perasaan sayang yang benar2 ikhlas ni memainkan peranan. Kita tak kan pernah bosan kalau kita sentiasa melihat dia, dah sebab kita nak tengok dia kan. Samalah juga bila bermain mesej, daripada bangun tidur sampai tidur balik, mesej perkara sama je " hai,wtp tu?, mkn ape td?, bile nak kuanye? " , ada pernah rasa bosan? saya tak. Tengok gamba pon muka sama je. Ada rasa bosan? saya tak.
Ada jugak persoalan yang dia tujukan kepada saya, apa kita nak buat bila kita rindu? Macam saya pernah cakap la, kalau rindu kita jumpa, kalau tak boleh jumpa telefon, kalau tak boleh telefon, mesej, kalau tak boleh mesej pon menangis je..saya macam tu..heee..credit to encik boyfriend lah ye..
Sebab tu la, wahai pencinta lelaki dan wanita di luar sana, ikhlaskanlah perasaan sayang anda kepada si dia supaya rindu anda juga turut ikhlas.
Kepada en. abg, menjawab soalan tak? TQ
No comments:
Post a Comment
Kalau menarik, sila komen..Kalau menyampah pon komen jugak.